PENGENALAN
Pertubuhan Silat Hijrah Malaysia adalah sebuah NGO yang menjurus ke arah pembangunan modal insan dan kerohanian, mempunyai aspirasi untuk melihat keamanan dan keseimbangan kemajuan-keislaman di negara jalur gemilang ini. Hijrah Malaysia ialah sebuah pertubuhan yang berdaftar secara sah dibawah Akta Pertubuhan 1966.
Kelahiran ilmu persilatan ini adalah dari negeri jelapang padi, ilham Tuan Guru Hj Abd Hamid B Johari Al-Banjari, Guru Utama pertubuhan ini. Kini beribupejabat di Ipoh Perak, di bawah pentadbiran YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad sebagai Yang Di Pertua, seorang ikon dan mentor yang tidak asing lagi di dalam pembangunan modal insan, selari dengan objektif pertubuhan.
SLOGAN KAMI
“Gerak Hijrah, Gerak Ummah”
VISI
Menjadi sebuah NGO yang disegani, sebagai organisasi yang mampu membawa arus perubahan dalam cabaran pembangunan ummah.
MISI
Mengukuhkan idealisme Islam di dalam kebudayaan Melayu khususnya dan memberi persepsi positif tentang Islam kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, amnya. Usaha ini dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti persilatan dan pendidikan akhlak, yang disasarkan kepada para remaja dan belia.

RASIONAL LOGO
Lambang pertubuhan mengandungi sebentuk cincin yang bermakna kebesaran. Ia diapit oleh dua bilah pedang, mewakili perlembagaan dan undang-undang. Jambangan padi mengelilinginya membawa maksud bersatu padu dan harmoni serta di atasnya tertera nama Hijrah dalam huruf jawi, dibawahnya pula dalam tulisan rumi.
SIRATAN WARNA
MERAH Melambangkan keberanian
PUTIH Keamanan dan kesejahteraan
KUNING Mendukung kedaulatan Raja-raja
HIJAU Kesuburan akhlak dan jatidiri bangsa
Pertubuhan Silat Hijrah Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Setakat ini, kami tidak berkoloberasi dengan mana-mana pertubuhan/persatuan lain. Oleh itu sekiranya ada pihak yang mengaitkan/menyamakan pertubuhan ini dengan mana-mana pertubuhan/persatuan lain, sama ada secara bercetak ataupun elektronik, hendaklah ia dianggap sebagai tidak benar.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2018/2019.
Yang Di Pertua
YM Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Naib Yang Di Pertua
Mohd Firdaus bin Salihuddin
Setiausaha
Hanis Safari Bin Sugiman
Penolong Setiausaha
Irwan Afendi bin Kamaruzzaman
Bendahari
Rosidi bin Shahari
AJK
Ahmad Fadhil Bin Zainal Baharian
Mior Suhaimi Bin Baharudin
Rosli bin Mohamad
Saipul Khohar Bin Wahab @ Satimin
Mhd Rashid bin Man
Khafizan Bin Sharif
Ismail Bin Yang
Nazri bin Ismail